Selasa, Disember 08, 2009

Persekutuan Komuniti Penyayang


PERSIDANGAN PAX 2009
25-27 November 2009
Pusat Retret Bundu Tuhan, Sabah

Salam damai dalam Yesus Kristus!

Tidak seperti Persidangan-persidangan PAX sebelum ini, tahun ini adalah istimewa sekali kerana setiap pemimpin gereja/pastoral diberi peluang untuk melalui satu proses ‘mengimbas kembali’ dan ‘merenung’ secara peribadi peranan mereka sebagai seorang pemimpin dan juga pengikut Yesus yang setia.

Kepimpinan Yesus
Pada hari kedua Persidangan PAX, sesi pertama yang bertajuk ‘Kepimpinan Yesus’ telah dijelaskan secara ringkas dan setiap peserta diminta untuk merenung soalan berikut; “Dalam pelayanan saya sebagai seorang pemimpin pastoral, adakah saya melihat seperti Yesus melihat, berfikir seperti Yesus berfikir, memahami seperti Yesus memahami dan bertindakbalas seperti Yesus bertindakbalas?”. Secara peribadi, soalan ini agak sukar dijawab kerana memikirkan bahawa saya hanya seorang manusia biasa yang berdosa, dan bagaimana mungkin saya dapat melihat, berfikir, memahami dan bertindakbalas seperti Yesus. Namun, kuasa dan kebijaksanaan Roh Kudus itu telah memimpin saya untuk menjawab soalan tersebut dalam posisi sebagai pemimpin yang meneladani Yesus. Sungguh luar biasa sekali apabila dapat merungkaikan soalan tadi dengan hanya meneladani dan menjadi SEPERTI Yesus.

Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik memerlukan PEMBENTUKAN berterusan. Pengalaman sungguh mengajar saya bahawa apabila saya ingin menjadi seorang pemimpin, saya harus rela dibentuk oleh Yesus. Sekiranya saya berniat tidak baik untuk jadi pemimpin dan tidak bersedia untuk dibentuk oleh Yesus, adalah satu kesilapan besar untuk memimpin umat dan komuniti. Hal ini demikian kerana menjadi seorang pemimpin harus ada ‘pengaruh yang baik’. Selain itu, Yesus menuntut pengikut-Nya (pemimpin pastoral) untuk menjadi ‘agen perubahan’ kepada umat sekitarnya. Apabila seorang pemimpin itu mempunyai PENGARUH yang baik dan menjadi agen PERUBAHAN (positif) kepada umatnya, ini secara langsung dapat membentuk nilai-nilai Kristus dalam setiap peribadi umat sehingga sikap dan perilaku umat juga bertambah baik dan mencerminkan Kristus.

Selain berbicara tentang perubahan, Yesus juga mengajar satu hal penting yang dikenali sebagai ‘servant leadership’ atau kepemimpinan yang MELAYANI. Kepemimpinan yang melayani bermaksud ‘melayani bukan untuk dilayani’. Bagi saya, menjadi seorang pemimpin yang melayani itu bukanlah bermaksud ‘memerintah dan menguasai’. Hal ini boleh dilihat dalam petikan Markus 10:43-44; “Tidaklah demikian di antara kamu. Barangsiapa ingin menjadi besar di antara kamu, hendaklah ia menjadi pelayanmu, dan barangsiapa ingin menjadi terkemuka di antara kamu, hendaklah ia menjadi hamba untuk semuanya”.

Persoalannya, sanggupkah kita menjadi HAMBA atau PELAYAN kepada orang lain? Memimpin seperti Yesus bukanlah perkara mudah tetapi bukan juga sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Modalnya cuma satu yakni HATI.

Hidup Berpusatkan Kristus
EKARISTI merupakan SUMBER dan KEMUNCAK kehidupan kita. Yesus hadir di dalam ekaristi melalui Sabda Allah dan melalui Roti dan Anggur yang dikonsekrasi. Kehadiran kita dalam Misa Kudus (Liturgi Sabda dan Liturgi Ekaristi) setiap minggu ‘menggambarkan’ kehidupan kita yang berpusatkan Kristus. Namun itu tidak mencukupi jika hanya ‘hadir’ untuk memenuhi kewajipan sebagai seorang pengikut Yesus. Sabda Allah yang kita dengar dan renung, Tubuh dan Darah Kristus yang kita minum dan makan, harus dihidupi sepenuhnya dalam kehidupan kita sehari-hari.

Selain itu, hubungan kita dengan Yesus bukan setakat Hari Minggu sahaja. Setiap saat dalam hidup kita seharusnya ada Yesus sebagai sumber inspirasi kita. Tetapi bagaimana Yesus boleh hadir dalam hidup saya seharian? Melalui doa harian kita. Doa harian ini boleh pelbagai bentuk seperti doa peribadi, doa rosari, jalan salib, puasa dan pantang, melayani orang susah dan miskin, dan sebagainya.

Menghidupi Persekutuan Penyayang
Dalam ucapan dasar Uskup Agung Datuk John Lee sempena persidangan kali ini, Bapa Uskup menegaskan bahawa perlu ada ‘perubahan hati’. Perubahan hati atau ‘metanoia’ sangat penting kerana melaluinya, kita berupaya untuk ‘bersaksi’ dengan penuh kerendahan hati. Nilai ini menjadi asas untuk ber’KONSULTASI’ terutamanya di kalangan para pemimpin pastoral dengan umat awam. Konsultasi merupakan satu proses ‘mencari nasihat’. Untuk mencapai tujuan proses tersebut, perlu ada DIALOG. Dialog memerlukan KETERBUKAAN dan merupakan satu proses ‘mendengar dengan rendah hati’.

Proses konsultasi-dialog dalam paroki kita akan hanya berjaya sekiranya kita bersedia untuk ‘mencari’ dengan penuh kerendahan hati, berkongsi dalam ketulusan, dan mendengar dengan kasih dan penuh hormat. Para pemimpin gereja dan umat sama-sama bertumbuh dan menjadi matang dalam cara mengendalikan proses ini agar PERSEKUTUAN yang kita hasratkan akan tercapai. Dalam erti kata lain, pemimpin dan umat harus saling memahami, berkongsi dan terbuka dalam hal untuk meningkatkan ‘hubungan’ istimewa dan rapat dalam ‘persahabatan’ yang penuh dengan Kasih Kristus. Hubungan sebegini dikenali sebagai Persekutuan Penyayang.

Bagaimana pula untuk ‘Menghidupi Persekutuan Penyayang’ ini? Sekali lagi para peserta persidangan dikemukakan dengan soalan berikut; “Bagaimanakah saya dapat bertumbuh dalam kehidupan berpersekutuan dan membantu paroki saya untuk menjadi tanda dan saksi persekutuan itu?”. Mendiang Bapa Suci Yohanes Paulus II telah mengusulkan beberapa langkah konkrit untuk menghidupi persekutuan penyayang. Terlebih dahulu, beliau menggesa semua umat untuk mempromosikan kerohanian berpersekutuan secara meluas. Kerohanian yang dimaksudkan di sini ialah (a) kesedaran berterusan tentang kehadiran misteri Tritunggal dalam diri dan jiran kita, (b) kemampuan untuk berkongsi bersama kegembiraan dan kesengsaraan, keinginan dan keperluan sesama, (c) kemampuan untuk melihat kebaikan dalam diri orang lain, menerima dan menghargai mereka sebagai pemberian Allah, dan (d) memberi ruang kepada yang lain, menanggung beban sesama dan menolak segala pencobaan yang mementingkan diri sendiri yang mengakibatkan persaingan, ketidakyakinan serta cemburu.

Satu contoh persekutuan penyayang yang jelas boleh didapati dalam kehidupan komuniti Kristian yang pertama (Kisah Para Rasul 2:42-47). Secara ringkas, mereka hidup saling mengongsi, mengasihi, memenuhi, dan merayakan ekaristi bersama. Pengajaran yang diterima daripada para rasul, dihidupi dalam kehidupan harian mereka. Persekutuan sebeginilah yang kita idamkan dalam Visi Diosis kita melalui Misi Diosis. “Dengan demikian semua orang akan tahu, bahawa kamu adalah murid-murid-Ku, iaitu jikalau kamu saling mengasihi” (Yoh 13:35).


Sekian.


Nota:
Konsep Komuniti Kristian Dasar (KKD) yang diperkenalkan dan dilaksanakan di dalam paroki kita merupakan contoh persekutuan penyayang yang ‘meniru’ cara hidup komuniti Kristian yang pertama.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Hubungan Seks Luar Nikah di Malaysia

Trend Serah Tubuh

Oleh: FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN

metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Menyerahkan tubuh kepada kekasih atau melakukan hubungan seks luar nikah seolah-olah menjadi trend di kalangan remaja negara ini, malah ada yang melakukannya seawal usia 12 tahun.

Fakta itu berdasarkan hasil kajian sekumpulan penyelidik tempatan sepanjang 12 bulan bermula 2003 hingga tahun lalu membabitkan 18,805 responden yang berusia antara 12 dan 60 tahun, dengan majoritinya berbangsa Melayu.

Ketua Penyelidik, Prof Madya Dr Lekhraj Rampal dari Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata hasil kajian juga mendapati golongan berusia di antara 18 hingga 20 tahun paling aktif melakukan hubungan seks.

“Bagaimanapun, secara purata rakyat negara ini melakukan hubungan seks buat kali pertama pada usia 23 tahun,” katanya yang juga pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM.

Beliau berkata, daripada 18,805 responden, 73 peratus (13,691) sudah berkahwin dan daripada jumlah itu 10 peratus (1,361) pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin.

Katanya, jumlah responden yang belum berkahwin pula ialah 5,114, dengan 448 daripada mereka pernah melakukan hubungan seks.

“Ini bermakna 1,809 (9.6 peratus) daripada keseluruhan responden pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin,” katanya.

Dr Rampal berkata, 38 daripada 448 responden belum berkahwin tetapi sudah melakukan hubungan seks mengaku kali pertama melakukannya pada usia 12 dan 15 tahun, manakala 155 lagi berbuat demikian pada usia 16 dan 18 tahun.

Mengulas perkembangan itu, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussain, berkata ia satu isyarat membimbangkan kepada masyarakat dan perlu diberi perhatian serius, terutama oleh ibu bapa.

“Perkara ini tidak boleh diserahkan kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya ibu bapa dan seluruh masyarakat perlu beri perhatian serius. Malah, kalau perlu, hari ini kita kena jaga tepi kain orang,” katanya.

Beliau turut mencadangkan supaya undang-undang berkaitan moral diperhalusi supaya betul-betul berkesan bagi memastikan remaja di negara ini tidak sewenang-wenangnya melanggar peraturan agama.

Pakar sakit tuan, Dr Ismail Thamby, pula berkata beliau percaya hasil kajian itu relevan kerana berdasarkan pengalamannya, kanak-kanak seawal usia 12 tahun dan remaja semakin berani mencuba melakukan hubungan seks.

“Di laman web saya, banyak soalan dikemukakan menunjukkan mereka yang bertanya masih terlalu muda dan bersikap kebudak-budakan.

“Antaranya, bolehkah seseorang mengandung jika melakukan seks di luar tabii (liwat),” katanya.

Sementara itu, Dr Rampal berkata, kajian fasa pertama dilakukan itu dibahagikan kepada dua topik utama, iaitu mengkaji pemahaman masyarakat mengenai penyakit jantung dan risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV, termasuk sejarah atau kehidupan seksual seseorang.

Katanya, kaum Melayu menjadi responden paling ramai dengan 10,599 orang, Cina (3,875), India (2104), Bumiputera Sabah (1302), Bumiputera Sarawak (692) dan lain-lain (233).

Beliau berkata, pasukan penyelidik membabitkan 12 pensyarah dari Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), pegawai Kementerian Kesihatan, 22 graduan pelbagai universiti dan kira-kira 400 jururawat dari seluruh negara.

“Responden dipilih secara rawak melalui maklumat daripada Jabatan Statistik Malaysia.

“Selain sesi soal jawab dijalankan secara bersemuka, responden diberi soalan bertulis mengenai sesuatu topik, terutama soalan sensitif,” katanya.

Dr Rampal berkata, hasil kajian itu akan dibincangkan lebih lanjut sebelum tindakan susulan diambil dan selepas tiga tahun, penyelidik akan bertemu responden semula untuk melihat sama ada wujud perubahan.

Sehubungan itu, beliau menyarankan mereka yang melakukan hubungan seks supaya menggunakan kondom bagi mengelak penyebaran wabak HIV jika seseorang itu kerap bertukar pasangan, terutama dengan pelacur.

“Sebenarnya semua agama melarang melakukan hubungan seks sebelum berkahwin tetapi jika ia terus berlaku, kondom adalah langkah terbaik, selain setiap pasangan perlu menjalani ujian HIV sebelum berkahwin atau mengadakan seks,” katanya.

Isnin, September 07, 2009

Bahtera Nuh (Noah's Ark)

Bahtera (kapal) Nuh telah lama menjadi kontroversi di dunia arkeologi. Sejarah mencatat bahwa Nuh diperintahkan Tuhan untuk membuat sebuah bahtera karena Tuhan berniat menurunkan hujan maha lebat ke bumi. Alkitab mengisahkan bahwa Nuh mentaati perintah tersebut dan tepat pada waktu yang telah ditentukan Tuhan, maka turunlah hujan yang sangat lebat ke muka bumi dan menenggelamkan semua makhluk hidup yang ada. Nuh beserta keluarganya dan binatang-binatang yang diselamatkannya kemudian mengapung bersama bahtera tersebut. Alkitab kemudian menceritakan bahwa bahtera tersebut kandas di puncak Gunung Ararat.


Kisah yang bersumber dari Alkitab ini kemudian menjadi bahan perbincangan yang hangat di kalangan sejarawan dan arkeolog. Ada pihak yang mendukung bahwa kisah tersebut adalah nyata, namun ada juga yang menganggapnya hanya sekedar dongeng dari Alkitab. Namun, perdebatan tersebut kini berakhir dengan telah ditemukannya bukti-bukti ilmiah berkaitan dengan kisah tersebut. Sisa-sisa bahtera tersebut ditemukan pertama kali oleh seorang Kapten angkatan darat dari militer Turki. Ia menemukannya secara tidak sengaja pada waktu meneliti foto-foto wilayah pegunungan Ararat. Kemudian untuk mengkonfirmasi temuan tersebut, diundanglah ahli-ahli arkeologi dari Amerika Serikat untuk meneliti keabsahannya.


Pada ekspedisi ilmiah yang kemudian dilakukan pada ketinggian 7000 kaki, sekitar 20 mil sebelah selatan puncak gunung Ararat, mereka menemukan sebuah kapal sepanjang kira-kira 500 kaki yang telah membatu. Pengukuran yang kemudian dilakukan pada obyek tersebut menghasilkan suatu kesimpulan yang mencengangkan, karena ukuran panjang, lebar dan tinggi penemuan arkelogi tersebut sama persis dengan ukuran bahtera Nuh seperti yang tercantum di Alkitab. Saat ini, lokasi penemuan bahtera tersebut telah menjadi obyek wisata yang dapat dikunjungi semua orang.

Rabu, September 02, 2009

Konflik Israel-Palestin

Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.


Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama.


Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel. Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.


Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair. Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.


Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.


Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem, pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.


Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandangan Palestin tentang proses keamanan). Ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.


Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.


Sumber : Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Isnin, Ogos 03, 2009

Remaja & Konflik

CABARAN REMAJA

Perubahan-perubahan fizikal, emosi dan sosial semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental.

Masalah-Masalah Yang Sering Dihadapi Remaja

*Keliru dengan peranan dan tanggungjawab diri
*Sering merasa diri disalahfahamkan dan dipersalahkan
*Merasa diri dilayan secara tidak adil
*Kesunyian
*Sukar memahami emosi
*Susah membuat keputusan

Hubungan Dengan Ibu Bapa

Remaja yang mempunyai hubungan baik dengan ibu bapa mereka sering menjalin perhubungan yang mesra dengan orang lain. Mereka juga kurang mengalami masalah kesihatan mental.

Cara-Cara Menjalin Perhubungan Yang Lebih Rapat Dengan Ibu Bapa

*Menghormati dan sedia menerima tunjuk ajar dan teguran mereka
*Membincangkan masalah anda dengan mereka
*Meluahkan perasaan dan pendapat anda secara terus terang
*Tunjukkan kasih sayang anda melalui kata-kata ataupun perbuatan
*Cuba memahami masalah dan beban ibu bapa anda
*Meraikan hari jadi mereka
*Ingatlah bahawa ibu bapa menyayangi anda dan mahukan yang terbaik untuk anda

MENANGANI EMOSI

Keupayaan memahami emosi adalah penting di dalam kehidupan harian.

Apabila Anda Merasa Marah

*Tarik nafas sedalam-dalamnya. Beredar dari suasana tegang (jika perlu)
*Berfikir sebelum bertindak
*Tanya diri sendiri
*Kenapa saya marah?
*Apakah punca masalah?
*Apakah yang telah saya lakukan?

PENYELESAIAN KONFLIK

*Kenal pasti punca konflik
*Dengar dulu apa yang hendak disampaikan oleh orang lain
*Nyatakan apa yang anda kehendaki dan mengapa anda marah
*Janganlah menyalahkan orang lain
*Tumpukan perhatian kepada tindakan yang menyebabkan konflik
*Bertenang semasa menerangkan pendapat anda
*Bincangkan bersama cara-cara penyelesaian masalah
*Carilah penyelesaian yang menguntungkan kedua belah pihak

Remaja Yang Positif

*Bertimbang rasa
*Yakin terhadap diri sendiri
*Sedia menerima nasihat dan teguran
*Sabar
*Bertanggungjawab
*Rajin dan suka menolong
*Mahir berkomunikasi

Sumber:
Kementerian Kesihatan Malaysia
Amalkan Kesihatan Mental Yang Baik

Jumaat, Jun 12, 2009

Good Leader


A Good Leader is a person who leads the way in any kind of situation...

Selasa, Mei 26, 2009

The Bible: A Brief History

"To Know God Is To Love God".

Knowing Him in His Words is loving Him in our life... Live our life to the fullest to experience God's present through Words of Hope in our daily life...

Selasa, Mei 12, 2009

Generasi Y

Memahami Generasi Manusia

Generasi Seniors (Sebelum Tahun 1925)

Generasi Builders (1926 – 1945)

Generasi Baby Boomers (1946 – 1964)
Kelompok masyarakat yang hidup selepas Perang Dunia II. Generasi ini diberi nama Baby Boomers kerana peningkatan jumlah kelahiran di seluruh dunia pada masa itu. Anak-anak yang lahir pada masa itu merupakan golongan masyarakat yang mulai mengenal Televisyen dan Muzik.

Generasi X (1965 – 1980)
Anak-anak yang lahir dalam generasi ini membesar dengan Permainan Video dan MTV serta menghabiskan masa remaja mereka sekitar tahun 80-an.

Kebanyakan anak-anak remaja generasi X memiliki ciri-ciri kurang optimis terhadap masa depan, sinis, skeptis, tidak menghormati nilai-nilai dan adat tradisional, serta tidak memiliki rasa hormat kepada orang tua mereka.

Di awal 90-an, media menampilkan Generasi X (secara fizikalnya) sebagai generasi yang senang memakai kemeja flannel, suka menyendiri, banyak tindikan di tubuh, dan lebih memilih bekerja di restoran.

Generasi Y (Milenium) (1981 – 2000)

Generasi Y atau yang lebih dikenali sebagai Generasi Milenium, tumbuh seiring dengan banyak kejadian yang mengubah dunia, di antaranya berkembangnya Komunikasi Media Massa dan Internet.

Generasi Y merupakan 'sasaran utama' syarikat besar yang mengamalkan Kapitalisma seperti Nike, Levi’s, Motorola, IBM, Y Card, Close-Up, MTV, Coke dan sebagainya. Produk-produk konsumer dibuat dan direkacipta menurut selera mereka.

Mereka lebih dikenali sebagai generasi ‘Y’ - Young, pengganti generasi ‘X’ yang kerap disinonimkan dengan generasi pasca moden. Di Amerika, mereka kerap disinonimkan dengan slackerdom (para pemalas) dan suka pada pesta serta cinta di sana sini.

Di kebanyakan negara, generasi ini merupakan generasi terkaya dalam sejarah, berpendidikan sangat baik, paling sihat, tanpa mengenal perang, penyakit dan kemiskinan.

Namun, generasi ini cenderung meminta, tidak sabar, dan kurang berkomunikasi dengan sesama. Kajian yang pernah dilakukan menunjukkan bahwa generasi ini memiliki kemampuan mengeja dan bahasa yang 'teruk'.

Generasi Y yang telah bekerja menunjukkan sikap yang cuai dan sentiasa bertentangan dengan peraturan di tempat kerja. Namun, generasi ini boleh dipuji untuk tenaga dan semangat bekerjanya yang luar biasa.

Generasi Y adalah produk dari zamannya iaitu Internet, pasaran terbuka dan GLOBALISASI.

Generasi Platinum (Generasi Baru Abad ke-21)
Tahun 2001 dan Seterusnya

Pakar Psikologi dari Universiti Paramadina (Indonesia), Alzena Masykouri mengatakan bahawa:

"Generasi ini lahir pada zaman keterbukaan teknologi, cara berfikir, berperilaku, serta ketersediaan prasarana pendidikan yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan generasi-generasi sebelumnya."

"Penamaan sebagai Generasi Platinum oleh para pakar dunia sebenarnya cuma istilah saja, untuk membezakan generasi ini dari sebelumnya. Platinum sendiri mengacu pada sesuatu yang MEWAH dan ELEGAN."

Menurut Masykouri, jika diamati anak-anak generasi ini memiliki karakter unik yang lebih ekspresif dan eksploratif selaras dengan arah perkembangan zaman.

Menurutnya lagi, anak-anak Generasi Platinum memiliki kemampuan yang tinggi dalam mengakses dan mengeksploitasi informasi sehingga mereka memiliki kesempatan lebih banyak dan terbuka untuk mengembangkan diri.

Kelak, mereka pun dapat menggunakan potensi diri untuk 'survival' hidup. Bahkan menjadi manusia yang berkualiti dan produktif.

Generasi sebelumnya memang sudah memiliki tahap literasi teknologi yang tinggi, namun mereka hanya sebagai pengguna saja. Generasi Platinum adalah golongan yang memiliki orientasi sekaligus kemampuan berkarya sehingga dapat berperanan sebagai produser, kreator, ataupun inisiator.

"Sesungguhnya ini tidak hanya untuk aspek teknologi saja, tetapi juga dalam setiap aspek kehidupan," katanya.

Namun, kata Masykouri, jika ditelaah anak yang lahir pada abad ke-21 adalah hasil 'produksi' orang tua (lahir di tahun 70-an), iaitu generasi yang sudah memiliki keinginan untuk mengoptimakan potensi diri. Orang tua mereka adalah orang-orang yang berpendidikan tinggi.

Oleh itu, kemunculan generasi yang berbeza tak lepas dari pengaruh orang tuanya yang memiliki pandangan terbuka, dan lebih mudah menerima perubahan, terutama teknologi.

Sementara itu, Ketua Jurusan Sosiologi FISIP Universiti Indonesia (UI) Dr. Paulus Wirutomo mengatakan bahawa pemisahan generasi tidak dapat dilakukan kerana melibatkan banyak aspek seperti keadaan sosial, ekonomi, termasuk informasi.

"Karakter manusia di setiap generasi tidak jauh berbeza kerana manusia dibekalkan dengan kemampuan mengadaptasi. Namun perkembangan generasi tetap berlaku. Yang membezakan individu di setiap generasi ialah Life Skills yang dimiliki," kata Paulus Wirutomo.

Hal senada diutarakan ahli sosiologi dari UI Dr. Johannes Frederik Warouw MA. Beliau mengatakan bahawa wajar terjadinya generasi pada setiap zaman akibat nilai baru dan nilai lama atau modifikasi kedua nilai itu.

Setiap generasi, pasti memiliki 'karekteristik manusia' yang berbeza kerana mereka selalu berhadapan dengan pandangan yang berbeza.

"Perkembangan itu wajar, tetapi keberadaannya perlu diawasi terutama yang berkaitan dengan NILAI kerana jika tidak diawasi boleh membawa kepada kehancuran nilai-nilai sedia ada," katanya.

Eucharist: Source of Youth Inspiration! Answers...

Misa Kudus Masa Kini

Misa Kudus terbahagi kepada 2 bahagian penting iaitu;

1. Liturgi Sabda (Pewartaan Firman Allah & Homili)
2. Liturgi Ekaristi (Tubuh & Darah Kristus)

Belia masa kini BOLEH 'mengubah kehidupan' mereka dengan merayakan Misa Kudus. Proses ini kita namakan sebagai Transformasi Diri.

Bagaimana 'Proses' ini boleh berlaku dalam Misa Kudus?

Pertama:
Kita mempersiapkan diri dengan melalui proses 'Pengakuan Dosa' agar diri kita disucikan daripada segala 'kejahatan dunia'. Semasa proses ini, diri kita haruslah ikhlas dan bersungguh-sungguh Menyesali Dosa agar proses seterusnya dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Kedua:
Kita menerima dengan telinga, hati dan fikiran TERBUKA segala Sabda Allah yang diwartakan. Proses kedua ini diakhiri dengan Homili. Homili menjadi 'tulang belakang' dalam proses ini. Hal ini demikian kerana segala sesuatu tentang Sabda Allah yang didengar dalam Misa Kudus, diterjemahkan oleh para Paderi dalam bentuk 'kehidupan kita pada masa kini'.

Ketiga:
Proses sebelumnya telah membawa kita secara langsung ke suatu 'Ruang Spiritual' dan menjadi 'Suci' di depan Allah. Ini kerana, untuk melayakkan diri kita menerima Tubuh & Darah Kristus yang suci, kita seharusnya terlebih dahulu 'dibersihkan' daripada segala dosa. Kemuncak perayaan Misa Kudus berlaku dalam proses ketiga ini. Proses ini diakhiri dengan 'pemberkatan' oleh Paderi.

Kesimpulan
Apabila kita merayakan Misa Kudus (Ekaristi), kita sebenarnya 'diingatkan' tentang Sakramen Asas Gereja iaitu Pembaptisan, Pengakuan Dosa, Ekaristi dan Penguatan, serta sakramen-sakramen yang lain (Misa Kudus merupakan kepenuhan Sakramen-sakramen Gereja). Tetapi bagaimana hal ini boleh berlaku?

Apabila merayakan Misa Kudus, kita akan melalui proses yang pertama iaitu pengakuan atau penyesalan dosa (Sakramen Pengakuan Dosa).

Kemudian kita akan mendengar Firman Allah dan Homili (Words of Hope) yang memberi Kekuatan dan Pengharapan Baru (Sakramen Penguatan) dalam kehidupan kita.

Setelah itu, kita akan menerima Tubuh & Darah Kristus (Sakramen Ekaristi) yang merupakan 'sumber & kemuncak' kehidupan kita.

Akhir sekali, kita 'dilahirkan kembali' daripada kehidupan lama kita (Sakramen Pembaptisan) setelah melalui proses-proses tersebut.

Semua proses tadi yang berlaku dalam Misa Kudus (yang kita rayakan setiap Minggu) telah membawa diri kita ke suatu tahap kehidupan yang lebih baik melalui 'Perubahan Positif' ataupun Transformasi Diri.

Sekian.

Jumaat, Mei 08, 2009

Eucharist: Source of Youth Inspiration!

The Eucharist

Our Lord does not come from Heaven every day to stay in a golden ciborium. He comes to find another Heaven, the Heaven of Our Soul in which HE LOVES TO DWELL.

(St. Thérèse of Lisieux)

This Holy Mass, this Eucharist is clearly an Act of Faith. This body broken and this blood shed for human beings encourage us to give our body and blood up to suffering and pain, as Christ did – not for self, but to bring JUSTICE and PEACE to our people.

(Oscar Romero)

QUESTIONS for Youth Today!

· How in the Eucharist is Violence transformed into Love, and Death into Life?
· How are YOU being transformed in the Eucharist?
· How can YOU participate in this TRANSFORMATION of the world?

The ANSWERS are... (to be continued)

Selasa, Mei 05, 2009

Melayani Seperti Yesus...

1 Petrus 5:1-4

Aku menasihatkan para penatua di antara kamu, aku sebagai teman penatua dan Saksi Penderitaan Kristus, yang juga akan mendapat bagian dalam kemuliaan yang akan dinyatakan kelak.

Gembalakanlah kawanan domba Allah yang ada padamu, jangan dengan PAKSA, tetapi dengan SUKARELA sesuai dengan kehendak Allah, dan jangan karena mau mencari keuntungan, tetapi dengan pengabdian diri.

Janganlah kamu berbuat seolah-olah kamu mau MEMERINTAH atas mereka yang dipercayakan kepadamu, tetapi hendaklah kamu menjadi TELADAN bagi kawanan domba itu.

Maka kamu, apabila Gembala Agung datang, kamu akan menerima mahkota kemuliaan yang tidak dapat layu.